Ada 5 jenis hukum dalam Islam, iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
Pengertian setiap jenis hukum
1. Wajib - Melakukannya dapat pahala, meninggalkannya berdosa.
2. Sunat - Melakukannya dapat pahala, meninggalkannya tidak berdosa.
3. Harus - Tidak berdosa sama ada melakukannya atau meninggalkannya.
4. Makruh - Melakukannya tidak berdosa, meninggalkannya dapat pahala.
5. Haram - Melakukannya berdosa, meninggalkannya dapat pahala.
Contoh perbuatan;
1. Wajib - Solat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada bulan Ramadhan,
menutup aurat dsbg.
2. Sunat - Berpuasa sunat, solat sunat, bersedekah, menolong orang, melakukan ibadah
qurban dsbg.
3. Harus - Makan, minum, tidur, mandi dsbg.
4. Makruh - Makan petai, jering, makan bawang dsbg.
5. Haram - Mencuri, berjudi, minum arak, membunuh dsbg.
* Ingatlah bahawa setiap amalan akan mendapat balasan di dunia dan di akhirat*
No comments:
Post a Comment