Tuesday 27 September 2011

5 ciri diri berada dalam kebajikan

Terdapat 5 ciri diri kita berada dalam kebajikan, antaranya ialah:-

1. Mendapat ilmu yang dapat memberi manfaat kepada dunia dan akhirat


2. Diberi kefahaman dalam agama. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya maka diberinya kefahaman dalam agama".( Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).


3.Mendapat jodoh isteri yang solehah atau suami yang soleh serta dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.


4. Dimurahkan rezeki dengan keberkatan dan kecukupan, keharmonian hidup berkeluarga dan ketenangan jiwa.


5. Dianugerahkan kesihatan tubuh badan dan kesejahteraan akal fikiran.

Monday 26 September 2011

Peranan seorang guru

Peranan seorang guru amatlah berharga, ridak ternilai dengan wang ringgit, yng sanggup berkorban apa sahaja demi kejayaan anak bangsa yang dahagakan ilmu. Sarjana Islam telah menggariskan beberapa peranan guru muslim, antaranya;
1) Guru adalah mudarris (pengajar) iaitu menyampaikan ilmu kepada anak murid tidak kira matapelajaran apa sekali pun dengan ikhlas tanpa jemu dan bosan.
2) Guru adalah muallim (yang memiliki ilmu). Guru perlu menguasai sebanyak yang boleh ilmu pengetahuan terutama dalam bidang yang diajarnya.
3) Guru adalah muaddib (pendidik adab dan akhlak) iaitu orng yang memberi tunujuk ajar tentang adab dan akhlak yang mulia dan bertingkahlaku yangg baik serta menjauhi perbuatan yang tidak baik.
4)Guru adalah murabbi (penjaga/pemelihara) yang sentiasa menjaga kebajikan dan keperluan anak muridnya.
5) Guru adalah mursyid (pembimbing ke jalan yang benar). Guru perlu menunjukkan perkara yang  benar dan baik dan melarang muridnya melakukan perkara yang salah dan batil.

Itulah peranan guru yang amat mencabar dan berat untuk dipikul oleh seorang guru.

Guru ibarat cahaya yang menerangi orang lain.

Guru yang pertama... "Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada Malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". (Surah al-Baqarah : 31)