Sunday 11 December 2011

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 3


Asuhan Tilawah Al-Qur'an
1. Membaca Surah Al-Humazah
2. Membaca Surah Al-Fil
3. Membaca Surah At-Takathur
4. Membaca Surah Al-Qari'ah
5. Membaca Surah Al-A'diyat
6. Membaca Surah Al-'Asr


Hafazan Surah
1. Surah Al-Humazah
2. Surah At-Takathur
3. Surah Al-Fil
4. Surah Al-'Asr
5. Surah Al-Qari'ah


Kefahaman Surah
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Khauthar


Bahagian (B) Asas Ulum Syariah


1. Aqidah
    1.1 Beriman kepada Kitab Allah
    1.2 Beriman kepada Hari Akhirat
    1.3 Allah bersifat Baqa'
    1.4 Allah bersifat Qiamuhu binafsihi
    1.5 Allah bersifat Mukhalafatuhu lilhawadisi
    1.6 Allah Maha Menerima Kesyukuran (As-Syakur)
    1.7 Allah Maha Adil (Al-'Adlu)


2. Ibadah
    2.1 Mari mengenal hukum
    2.2 Bersuci daripada hadas besar
    2.3 Bacaan doa qunut
    2.4 Perkara-perkara yang membatalkan solat


3. Sirah
    3.1 Pekerjaan Nabi Muhammad semasa kecil
    3.2 Pekerjaan Nabi Muhammad setelah dewasa
    3.3 Perkahwinan Nabi Muhammad
    3.4 Peristiwa HAjarul Aswad


Bahagian (C) Asas Akhlak Islamiah
1. Adab menghidang makanan dan minuman
2. Adab bercakap dengan rakan
3. Adab melayan tetamu
4. Adab menziarahi rakan
5. Adab menziarahi pesakit
6. Adab menziarahi orang tua


Pelajaran Jawi
1. Perkataan pinjaman daripada bahasa Arab
2. Perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris
3. Perkataan berimbuhan awalan
4. Perkataan berimbuhan akhiran
5. Perkataan berimbuhan apitan
6. Menulis ayat mudah

CONTOH SALAH SATU DARIPADA RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran               :   Pendidikan Islam
Kelas                              :   Tahun 3 Naim
Tarikh                             :   2 . 11. 2011
Masa                              :   3.00 – 3.30 petang
Bilangan murid               :   21 orang
Bidang                            :   Asas Ulum Syar’iah ( Ibadah)
Tajuk                               :   Perkara-perkara Yang Membatalkan Solat
Kemahiran                      :   Menyebut, membaca dan menulis
Pengetahuan Sedia Ada  :   Murid telah mengetahui nama solat fardu dan bilangan rakaatnya
Hasil Pembelajaran          :   Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Aras 1                                 :  Menyebut perkara-perkara yang membatalkan solat
Aras 2                                 :  Membaca perkara-perkara yang membatalkan solat berserta
                                             contohnya.
Aras 3                                :  Menulis (BATAL) pada perkara yang membatalkan solat dan
                                              (TIDAK BATAL) pada perkara yang tidak membatalkan solat.
Kemahiran Berfikir            :  Membezakan antara perkara yang membatalkan solat dengan
                                             perkara yang tidak membatalkan solat.
Penerapan nilai murni       :  Menjaga kebersihan diri,  menunaikan solat dengan khusyuk dan
                                             pada awal waktu
Penggabungjalinan            :  Akhlak Islamiah        
Penyerapan /rentasan        :  Pendidikan kesihatan
Bahan bantu                       :  Paparan slaid, Projektor LCD, lembaran kerja


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah/
Masa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Muqaddimah

(2 minit)

Bacaan doa
-doa sebelum belajar

-Seorang murid diminta membaca doa sebelum belajar dan murid yang lain mengaminkannya.


-Bacaan doa


Set induksi

(5 minit)

-Paparan slaid gambar orang sedang solat

-Bersoal jawab tentang
 gambar tersebut

a)Apakah yang
  dilakukan oleh orang
  dalam gambar itu?

b) Berapa kalikah kita
    bersolat fardhu
    setiap hari?

c) Sebutkan nama-
    nama solat fardu
    tersebut dan bilangan
    rakaatnya.


-Guru memaparkan slaid

-Guru menyoal murid secara
  lisan tentang gambar.

-Murid melihat gambar yang di
  paparkan oleh guru dan
  bersoal jawab.


-Murid menjawab soalan lisan
 daripada guru tentang gambar.



-paparan
  gambar


-Soal jawab



Langkah 1

(6 minit)

-Paparan slaid tentang isi
 pelajaran

Perkara-perkara yang membatalkan solat

1.Menggerakkan
   anggota badan tiga kali
   berturut-turut.

2. Berhadas besar atau
    berhadas kecil.

3. Bercakap di dalam
    solat.

4. Makan atau minum
    ketika solat.

5. Membuka aurat
    dengan sengaja.

6.Terkena najis pada
    badan, tempat dan
    pakaian.


7. Ketawa di dalam solat.

8. Memalingkan dada
    dari arah qiblat.

9. Berubah niat

10. Murtad


-Guru memaparkan isi pelajaran yang bertajuk - Perkara-perkara yang membatalkan solat.

-Guru meminta murid menyebut perkara-perkara yang membatalkan solat dengan betul dan lancar.


-Murid melihat isi pelajaran yang dipaparkan oleh guru.

-Murid menyebut perkara-perkara yang membatalkan solat dengan betul dan lancar secara kelas dan individu.

-Paparan slaid Power Point



-Menyebut




-Pemerhatian


Langkah 2

(5 minit)

-Paparan slaid tentang isi pelajaran satu persatu

-Penerangan/penjelasan

Perkara-perkara yang membatalkan solat dari yang pertama hingga akhir

-Guru memaparkan isi
  pelajaran satu persatu

-Guru menerangkan tentang isi
  kandungan pelajaran satu
  persatu.

-Guru meminta murid
  memberikan contoh yang
  betul sebagai pengukuhan
  kepada penerangan yang
  diberi.

-Murid mendengar penerangan
 dari guru dengan teliti.

-Murid memberikan contoh
 yang betul berkenaan dengan
 tajuk yang dibincangkan.


-Paparan
 slaid



-Penerangan








-Memberi contoh


Langkah 3

(7 minit)

-Latihan bertulis dalam
 lembaran kerja.

- Tulis (batal) atau (tidak
   batal) pada pernyataan
   yang diberi.

-Soalan- soalan.

1.Ali tidak memakai
  songkok ketika
  solat Zuhur  (            )

2. Hassan dan Hussin
   bercakap ketika sujud.
   (               )

3. Aminah membiarkan
    kain telekungnya
    terselak. (                )




4. Rokiah solat Subuh
    mengadap ke timur .  
   (                )

5. Halim terbatuk ketika
    membaca duduk
    antara dua sujud.
   (               )

6. Badan Abu Bakar
    terkena najis burung
     ketika solat. (             )

7. Siti Aisyah bersin
    ketika rukuk.
     (               )

8. Zaki ketawa ketika
    sujud. (               )


9. Amirah berhadas
   besar ketika sedang
   solat. (                )

10. Badrul menggaru
      kepalanya sekali
      sahaja ketika solat.
      (                )    



-Guru mengedarkan
  lembaran kerja dan 
  meminta murid 
  membuat latihan bertulis.

-Guru menerangkan cara
  membuat latihan   
  tersebut.

-Murid membuat latihan
  bertulis yang diberikan
  oleh guru.


-Lembaran kerja


-Penerangan


-Latihan bertulis

Penutup

( 5 minit )


-Bersoal jawab tentang
 isi pelajaran.

-Membuat rumusan
 tentang isi pelajaran

 Penerapan nilai murni :-

a)memakai pakaian 
   yang bersih sebelum
   bersolat.

b) menjaga solat
   daripada terbatal

c) menunaikan solat
   dengan khusyuk

d) menunaikan solat
    pada awal waktu.

-Guru bersoal jawab tentang isi pelajaran.

-Guru membuat rumusan
  tentang isi pelajaran.

-Guru menerapkan nilai murni yang boleh diambil daripada isi pelajaran.

-Murid mendengar
 rumusan dan penerapan 
 nilai yang diberikan oleh
 guru.

-Bersoal
  jawab

-Rumusan



-Penerapan nilai murni




Lembaran kerja

Tulis (batal) atau (tidak batal) pada pernyataan yang diberi.
 1.   Ali tidak memakai songkok ketika solat Zuhur                 (    )
      2.   Hassan dan Hussin bercakap ketika sujud.                       (    )
      3.    Aminah membiarkan kain telekungnya terselak.              (    )
      4.    Rokiah solat Subuh mengadap ke timur .                          (    )
      5.    Halim terbatuk ketika membaca duduk antara dua sujud. (    )
      6.    Badan Abu Bakar terkena tahi burung ketika solat.           (     )
      7.   Siti Aisyah bersin ketika rukuk.                                             (     )
      8.    Zaki ketawa ketika sujud.                                                      (     )
      9.    Amirah berhadas besar ketika  sedang solat.                    (     )
    10.    Badrul menggaru kepalanya sekali sahaja ketika solat.    (     )