Sunday 11 December 2011

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 3


Asuhan Tilawah Al-Qur'an
1. Membaca Surah Al-Humazah
2. Membaca Surah Al-Fil
3. Membaca Surah At-Takathur
4. Membaca Surah Al-Qari'ah
5. Membaca Surah Al-A'diyat
6. Membaca Surah Al-'Asr


Hafazan Surah
1. Surah Al-Humazah
2. Surah At-Takathur
3. Surah Al-Fil
4. Surah Al-'Asr
5. Surah Al-Qari'ah


Kefahaman Surah
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Khauthar


Bahagian (B) Asas Ulum Syariah


1. Aqidah
    1.1 Beriman kepada Kitab Allah
    1.2 Beriman kepada Hari Akhirat
    1.3 Allah bersifat Baqa'
    1.4 Allah bersifat Qiamuhu binafsihi
    1.5 Allah bersifat Mukhalafatuhu lilhawadisi
    1.6 Allah Maha Menerima Kesyukuran (As-Syakur)
    1.7 Allah Maha Adil (Al-'Adlu)


2. Ibadah
    2.1 Mari mengenal hukum
    2.2 Bersuci daripada hadas besar
    2.3 Bacaan doa qunut
    2.4 Perkara-perkara yang membatalkan solat


3. Sirah
    3.1 Pekerjaan Nabi Muhammad semasa kecil
    3.2 Pekerjaan Nabi Muhammad setelah dewasa
    3.3 Perkahwinan Nabi Muhammad
    3.4 Peristiwa HAjarul Aswad


Bahagian (C) Asas Akhlak Islamiah
1. Adab menghidang makanan dan minuman
2. Adab bercakap dengan rakan
3. Adab melayan tetamu
4. Adab menziarahi rakan
5. Adab menziarahi pesakit
6. Adab menziarahi orang tua


Pelajaran Jawi
1. Perkataan pinjaman daripada bahasa Arab
2. Perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris
3. Perkataan berimbuhan awalan
4. Perkataan berimbuhan akhiran
5. Perkataan berimbuhan apitan
6. Menulis ayat mudah

CONTOH SALAH SATU DARIPADA RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran               :   Pendidikan Islam
Kelas                              :   Tahun 3 Naim
Tarikh                             :   2 . 11. 2011
Masa                              :   3.00 – 3.30 petang
Bilangan murid               :   21 orang
Bidang                            :   Asas Ulum Syar’iah ( Ibadah)
Tajuk                               :   Perkara-perkara Yang Membatalkan Solat
Kemahiran                      :   Menyebut, membaca dan menulis
Pengetahuan Sedia Ada  :   Murid telah mengetahui nama solat fardu dan bilangan rakaatnya
Hasil Pembelajaran          :   Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Aras 1                                 :  Menyebut perkara-perkara yang membatalkan solat
Aras 2                                 :  Membaca perkara-perkara yang membatalkan solat berserta
                                             contohnya.
Aras 3                                :  Menulis (BATAL) pada perkara yang membatalkan solat dan
                                              (TIDAK BATAL) pada perkara yang tidak membatalkan solat.
Kemahiran Berfikir            :  Membezakan antara perkara yang membatalkan solat dengan
                                             perkara yang tidak membatalkan solat.
Penerapan nilai murni       :  Menjaga kebersihan diri,  menunaikan solat dengan khusyuk dan
                                             pada awal waktu
Penggabungjalinan            :  Akhlak Islamiah        
Penyerapan /rentasan        :  Pendidikan kesihatan
Bahan bantu                       :  Paparan slaid, Projektor LCD, lembaran kerja


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah/
Masa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Muqaddimah

(2 minit)

Bacaan doa
-doa sebelum belajar

-Seorang murid diminta membaca doa sebelum belajar dan murid yang lain mengaminkannya.


-Bacaan doa


Set induksi

(5 minit)

-Paparan slaid gambar orang sedang solat

-Bersoal jawab tentang
 gambar tersebut

a)Apakah yang
  dilakukan oleh orang
  dalam gambar itu?

b) Berapa kalikah kita
    bersolat fardhu
    setiap hari?

c) Sebutkan nama-
    nama solat fardu
    tersebut dan bilangan
    rakaatnya.


-Guru memaparkan slaid

-Guru menyoal murid secara
  lisan tentang gambar.

-Murid melihat gambar yang di
  paparkan oleh guru dan
  bersoal jawab.


-Murid menjawab soalan lisan
 daripada guru tentang gambar.



-paparan
  gambar


-Soal jawab



Langkah 1

(6 minit)

-Paparan slaid tentang isi
 pelajaran

Perkara-perkara yang membatalkan solat

1.Menggerakkan
   anggota badan tiga kali
   berturut-turut.

2. Berhadas besar atau
    berhadas kecil.

3. Bercakap di dalam
    solat.

4. Makan atau minum
    ketika solat.

5. Membuka aurat
    dengan sengaja.

6.Terkena najis pada
    badan, tempat dan
    pakaian.


7. Ketawa di dalam solat.

8. Memalingkan dada
    dari arah qiblat.

9. Berubah niat

10. Murtad


-Guru memaparkan isi pelajaran yang bertajuk - Perkara-perkara yang membatalkan solat.

-Guru meminta murid menyebut perkara-perkara yang membatalkan solat dengan betul dan lancar.


-Murid melihat isi pelajaran yang dipaparkan oleh guru.

-Murid menyebut perkara-perkara yang membatalkan solat dengan betul dan lancar secara kelas dan individu.

-Paparan slaid Power Point



-Menyebut




-Pemerhatian


Langkah 2

(5 minit)

-Paparan slaid tentang isi pelajaran satu persatu

-Penerangan/penjelasan

Perkara-perkara yang membatalkan solat dari yang pertama hingga akhir

-Guru memaparkan isi
  pelajaran satu persatu

-Guru menerangkan tentang isi
  kandungan pelajaran satu
  persatu.

-Guru meminta murid
  memberikan contoh yang
  betul sebagai pengukuhan
  kepada penerangan yang
  diberi.

-Murid mendengar penerangan
 dari guru dengan teliti.

-Murid memberikan contoh
 yang betul berkenaan dengan
 tajuk yang dibincangkan.


-Paparan
 slaid



-Penerangan








-Memberi contoh


Langkah 3

(7 minit)

-Latihan bertulis dalam
 lembaran kerja.

- Tulis (batal) atau (tidak
   batal) pada pernyataan
   yang diberi.

-Soalan- soalan.

1.Ali tidak memakai
  songkok ketika
  solat Zuhur  (            )

2. Hassan dan Hussin
   bercakap ketika sujud.
   (               )

3. Aminah membiarkan
    kain telekungnya
    terselak. (                )




4. Rokiah solat Subuh
    mengadap ke timur .  
   (                )

5. Halim terbatuk ketika
    membaca duduk
    antara dua sujud.
   (               )

6. Badan Abu Bakar
    terkena najis burung
     ketika solat. (             )

7. Siti Aisyah bersin
    ketika rukuk.
     (               )

8. Zaki ketawa ketika
    sujud. (               )


9. Amirah berhadas
   besar ketika sedang
   solat. (                )

10. Badrul menggaru
      kepalanya sekali
      sahaja ketika solat.
      (                )    



-Guru mengedarkan
  lembaran kerja dan 
  meminta murid 
  membuat latihan bertulis.

-Guru menerangkan cara
  membuat latihan   
  tersebut.

-Murid membuat latihan
  bertulis yang diberikan
  oleh guru.


-Lembaran kerja


-Penerangan


-Latihan bertulis

Penutup

( 5 minit )


-Bersoal jawab tentang
 isi pelajaran.

-Membuat rumusan
 tentang isi pelajaran

 Penerapan nilai murni :-

a)memakai pakaian 
   yang bersih sebelum
   bersolat.

b) menjaga solat
   daripada terbatal

c) menunaikan solat
   dengan khusyuk

d) menunaikan solat
    pada awal waktu.

-Guru bersoal jawab tentang isi pelajaran.

-Guru membuat rumusan
  tentang isi pelajaran.

-Guru menerapkan nilai murni yang boleh diambil daripada isi pelajaran.

-Murid mendengar
 rumusan dan penerapan 
 nilai yang diberikan oleh
 guru.

-Bersoal
  jawab

-Rumusan



-Penerapan nilai murni




Lembaran kerja

Tulis (batal) atau (tidak batal) pada pernyataan yang diberi.
 1.   Ali tidak memakai songkok ketika solat Zuhur                 (    )
      2.   Hassan dan Hussin bercakap ketika sujud.                       (    )
      3.    Aminah membiarkan kain telekungnya terselak.              (    )
      4.    Rokiah solat Subuh mengadap ke timur .                          (    )
      5.    Halim terbatuk ketika membaca duduk antara dua sujud. (    )
      6.    Badan Abu Bakar terkena tahi burung ketika solat.           (     )
      7.   Siti Aisyah bersin ketika rukuk.                                             (     )
      8.    Zaki ketawa ketika sujud.                                                      (     )
      9.    Amirah berhadas besar ketika  sedang solat.                    (     )
    10.    Badrul menggaru kepalanya sekali sahaja ketika solat.    (     )   





Thursday 24 November 2011

PERISTIWA HAJARUL ASWAD

Pelajaran : Pendidikan Islam
Tahun      : 3    
Bidang     : Asas Ulum Syariah (Sirah)
Tajuk       : Peristiwa Hajarul Aswad
Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat:
                              1. Menyatakan peristiwa yang berlaku semasa peletakan 
                                  Hajarul Aswad.
                              2. Menyebut nama kaum yang berselisih faham dalam
                                  peristiwa tersebut.
                              3. Menyebut akhlak terpuji Nabi Muhammad


Langkah pembelajaran : 1. Guru bercerita kepada murid tentang tajuk.
                                  2. Guru meminta murid menyebut nama kaum yang
                                      berselisih faham dalam peristiwa tersebut.
                                  3. Murid menyebut akhlak terpuji Nabi Muhammad 
                                      boleh dijadikan teladan.                                  




Hajarul Aswad bermaksud batu hitam. Hajarul Aswad terletak di penjuru sebelah timur Kaabah.
Berlaku banjir besar di Kota Mekah menyebabkan Kaabah telah rosak. Setelah Kaabah dibaiki semula, telah berlaku perselisihan faham antara empat kaum iaitu kaum Bani 'Addi, Bani 'Auf, Bani Khazraj dan Bani Mahzum untuk meletakkan semula Hajarul Aswad pada tempat asalnya .


Akhirnya, mereka sependapat untuk melantik orang yang pertama memasuki masjid pada keesokkan paginya sebagai hakim. Dengan takdir Allah, Nabi Muhammad ialah orang yang pertama memasuki masjid, lalu mereka melantik Nabi Muhammad menjadi hakim. 


Nabi Muhammad dengan kebijaksanaannya telah menggunakan kain serbannya untuk diletakkan hajarul aswad di atasnya dan meminta ketua-ketua kaum mengangkat hajarul aswad tersebut bersama-sama. Kemudian Nabi Muhammad meletakkan hajarul aswad ke tempat asalnya semula di penjuru sebelah timur Kaabah. Maka keempat-empat kaum itu berdamai kerana kebijaksanaan Nabi Muhammad. Itulah peristiwa hajarul aswad.

Sambungan Sirah Nabi

Pelajaran :  Pendidikan Islam
Tahun       :  3
Bidang     :  Asas Ulum Syariah (Sirah)
Tajuk         :  Perkahwinan Nabi Muhammad
Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat:
                                1. Menyatakan kisah perkahwinan Nabi Muhammad
                                2. Menyebut umur Nabi Muhammad dan Khadijah ketika berkahwin
                                3. Menyebut dan menyenaraikan nama anak-anak Nabi Muhammad


Langkah pembelajaran :   1. Guru bercerita kisah perkahwinan Nabi Muhammad
                                     2. Murid bersoal jawab dan memberi respon
                                     3. Murid menyebut nama anak-anak Nabi Muhammad
                                     4. Murid menasyidkan lagu dan menamakan anak-anak Nabi  
                                         Muhammad.


Penerapan nilai    :  Mencontohi akhlak mulia Nabi Muhammad dan mengamalkannya. 


Nabi Muhammad S.A.W berkahwin ketika berumur 25 tahun. Isteri pertama baginda ialah Khadijah bt Khuwailid. Umur Khadijah ketika berkahwin dengan Nabi Muhammad ialah 40 tahun. Khadijah ialah seorang hartawan, dermawan dan ahli perniagaan yang berjaya di Kota Mekah. Khadijah tertarik hari kepada Nabi Muhammad kerana sifat dan akhlak mulia baginda. Nabi Muhammad seorang yang rajin, jujur, bertanggungjawab dan bijaksana dalam menjalankan perniagaan.


Nabi Muhammad dikurniakan enam orang anak iaitu 2 orang lelaki dan 4 orang perempuan yang bernama Ibrahim, Qasim, Fatimah, Ruqaiyyah, Zainab dan Ummu Kalsom.


Lagu kanak-kanak :-


Anak-anak Nabi ada enam orang,
Dua lelaki empat perempuan,
Pertama Qasim, yang bongsu Ibrahim,
Zainab, Ruqaiyyah, Fatimah, Ummu Kalsom. 


Ulang 2 kali

Thursday 17 November 2011

Pelajaran: Pendidikan Islam Tahun 3

Pelajaran : Pendidikan Islam
Tahun      : 3
Bidang     :  Asas Ulum Syariah (Sirah)
Tajuk       : Pekerjaan Nabi Muhammad
Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat:
                                 1. Menyebut pekerjaan Nabi Muhammad semasa kecil
                                 2. Menyebut pekerjaan Nabi Muhammad setelah dwasa
                                 3. Menyebut akhlak mulia Nabi Muhammad
Langkah pembelajaran :   1. Guru berceita tentang tajuk
                                     2. Murid bersoal jawab tentang tajuk 
                                     3. Murid menyebut pekerjaan Nabi Muhammad dan akhlak mulia 
                                         baginda.
                                     4. Murid membuat latihan bertulis
Penerapan nilai  : Mencontohi akhlak mulia Nabi Muhammad
   
1. Nama nabi kita ialah nabi Muhammad S.A.W.
2. Nama bapa nabi Muhammad ialah Abdullah bin Abdul Muttalib
3. Nama ibu nabi Muhammad ialah Aminah bt Wahab
4. Nama bapa saudara nabi Muhammad ialah Abu Talib bin Abdul Muttalib
5. Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah
   di Kota  Mekah.
6. Semasa kecil Nabi Muhammad bekerja sebagai penggembala kambing
7. Setelah dewasa Nabi Muhammad bekerja sebagai peniaga di Syam
8. Nabi Muhammad seorang peniaga yang rajin, sabar, bijak dan bertanggungjawab.

BERSUCI DARIPADA HADAS BESAR

Pelajaran : Pendidikan Islam
Bidang     : Asas Ulum Syar'iah (Ibadah)
Tahun      : 3
Hasil pembelajaran : 1. Murid dapat menyebut perkara-perkara yang mewajibkan 
                                  seseorang itu mandi.
                               2. Murid dapat menyebut perkara yang dilarang semasa berhadas 
                                  besar.
Langkah Pengajaran : 1. Guru meminta murid membaca teks daripada buku teks dan 
                                   bersoaljawab dengan murid.
                                2. Murid menyebut perkara-perkara yang mewajibkan seseorang
                                   itu mandi satu persatu.
                                3. Guru menerangkan perkara-perkara tersebut satu persatu dan
                                    memberi contohnya.
                                4. Murid menyebut perkara yang dilarang semasa berhadas besar
                                    satu persatu.
                                5. Guru meminta murid membuat latihan dalam lembaran kerja.       


>>>> Hadas besar ialah perkara-perkara yang mewajibkan seseorang itu mandi.

>>>> Perkara-perkara tersebut ialah :-
          1) Haid                         4) Bersetubuh/jimak
        2) Nifas                        5) Keluar mani 
        3) Wiladah                    6) Mati


>>>> Perkara-perkara yang dilarang semasa berhadas besar ialah :-
          1) Solat                         4) Duduk di dalam masjid
        2) Puasa                        5) Membaca dan menyentuh Al-Qur'an
        3) Tawaf  

Pelajaran: Pendidikan Islam Tahun 3

Pelajaran : Pendidikan Islam
Tahun      : 3
Bidang     : Asas Ulum Syariah (Ibadah)
Tajuk       : Perkara-perkara yang membatalkan solat
Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
                               1. Menyebut perkara-perkara yang membatalkan solat satu persatu
                               2. Menunjukkan tunjuk cara dengan bimbingan guru
                               3. Menulis (Batal) atau (Tidak Batal) pada pernyataan yang diberi


Langkah pembelajaran :   1. Guru meminta murid menyebut perkara-perkara
                                        tersebut satu persatu
                                    2. Murid menunjukkan cara dengan bimbingan guru
                                    3. Murid menjawab latihan bertulis


Penerapan nilai    : Sentiasa menjaga solat daripada terbatal, menunaikan 
                            solat pada awal waktu. 


Perkara-perkara yang membatalkan solat.


1. Menggerakkan anggota badan tiga kali berturut-turut.
2. Bercakap-cakap di dalam solat
3. Ketawa ketika solat
4. Membuka aurat dengan sengaja
5. Berhadas besar atau berhadas kecil
6. Berubah niat
7. Berpaling dada dari arah qiblat
8. Makan atau minum ketika solat
9. Terkena najis pada badan, pakaian atau tempat
10. Murtad