Monday 10 October 2011

Lapan Kecerdasan untuk melahirkan Pelajar Cemerlang

Ada lapan kecerdasan dalam teori kecerdasan pelbagai yang dapat digunakan oleh guru untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

1. Kecerdasan linguistik.
    > Melalui kecerdasan linguistik, guru mampu menyampaikan pengajaran dengan menggunakan pemilihan perkataan yang sesuai dan mampu difahami oleh pelajar sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan.Kecerdasan ini digabungkan dengan kecerdasan interpersonal pelajar bagi mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dengan pelajar.

2. Kecerdasan logik-matematik
   > Guru yang memiliki kecerdasan logik-matematik berupaya melengkapkan kerangka pengajarannya dengan menyedari perhubungan logik asas serta menghubungkannya kepada pelajar. Guru memperkenalkan konsep yang  berbentuk hubung kait logik dengan konsep yang berkaitan dengannya.

3. Kecerdasan visual-ruang
    > Guru akan mengambil kira ruang dan persekitaran kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru juga mempelbagaikan aktiviti pembelajaran seperti pembelajaran secara koperatif yang menuntut gaya pembelajaran dalam bentuk kumpulan.

4. Kecerdasan kinestetik
    > Semasa proses pengajaran, guru menunjukkan gerak badan dan ekspresi muka bahawa mereka benar-benar dan bersemangat terhadap mata pelajaran yang diajarkan. Penggunaan bahan bantu mengajar dapat memastikan agar pelajar berada dalam situasi pembelajaran yang sama di samping memudahkan gaya penyampaian pengajaran guru.

No comments:

Post a Comment