Berilah salam bertemu guru, Jasa guru sangat besar
Tak kira tempat dan waktu. apabila berjauhan tanyalah khabar
Hormati guru setiap masa
tanda murid berbudi bahasa.
Guru insan bijak bestari
sanggup berkorban ikhlas berbakti.
Guru mengajar pagi petang
ingin murid jadi cemerlang.
Jangan suka melawan guru
besar nanti jadi dungu.
Dengar semua nasihat guru
baru boleh jadi maju.
Guru baik tetap disanjung
tak kira asal Sabah atau Semenanjung
Baca sajak penuh terharu
murid bijak kerana guru
Guru cemerlang jiwa perkasa
memberi bakti tak kira masa.
No comments:
Post a Comment