Thursday 24 November 2011

Sambungan Sirah Nabi

Pelajaran :  Pendidikan Islam
Tahun       :  3
Bidang     :  Asas Ulum Syariah (Sirah)
Tajuk         :  Perkahwinan Nabi Muhammad
Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat:
                                1. Menyatakan kisah perkahwinan Nabi Muhammad
                                2. Menyebut umur Nabi Muhammad dan Khadijah ketika berkahwin
                                3. Menyebut dan menyenaraikan nama anak-anak Nabi Muhammad


Langkah pembelajaran :   1. Guru bercerita kisah perkahwinan Nabi Muhammad
                                     2. Murid bersoal jawab dan memberi respon
                                     3. Murid menyebut nama anak-anak Nabi Muhammad
                                     4. Murid menasyidkan lagu dan menamakan anak-anak Nabi  
                                         Muhammad.


Penerapan nilai    :  Mencontohi akhlak mulia Nabi Muhammad dan mengamalkannya. 


Nabi Muhammad S.A.W berkahwin ketika berumur 25 tahun. Isteri pertama baginda ialah Khadijah bt Khuwailid. Umur Khadijah ketika berkahwin dengan Nabi Muhammad ialah 40 tahun. Khadijah ialah seorang hartawan, dermawan dan ahli perniagaan yang berjaya di Kota Mekah. Khadijah tertarik hari kepada Nabi Muhammad kerana sifat dan akhlak mulia baginda. Nabi Muhammad seorang yang rajin, jujur, bertanggungjawab dan bijaksana dalam menjalankan perniagaan.


Nabi Muhammad dikurniakan enam orang anak iaitu 2 orang lelaki dan 4 orang perempuan yang bernama Ibrahim, Qasim, Fatimah, Ruqaiyyah, Zainab dan Ummu Kalsom.


Lagu kanak-kanak :-


Anak-anak Nabi ada enam orang,
Dua lelaki empat perempuan,
Pertama Qasim, yang bongsu Ibrahim,
Zainab, Ruqaiyyah, Fatimah, Ummu Kalsom. 


Ulang 2 kali

No comments:

Post a Comment