Pelajaran : Pendidikan Islam
Bidang : Asas Ulum Syar'iah (Ibadah)
Tahun : 3
Hasil pembelajaran : 1. Murid dapat menyebut perkara-perkara yang mewajibkan
seseorang itu mandi.
2. Murid dapat menyebut perkara yang dilarang semasa berhadas
besar.
Langkah Pengajaran : 1. Guru meminta murid membaca teks daripada buku teks dan
bersoaljawab dengan murid.
2. Murid menyebut perkara-perkara yang mewajibkan seseorang
itu mandi satu persatu.
3. Guru menerangkan perkara-perkara tersebut satu persatu dan
memberi contohnya.
4. Murid menyebut perkara yang dilarang semasa berhadas besar
satu persatu.
5. Guru meminta murid membuat latihan dalam lembaran kerja.
>>>> Hadas besar ialah perkara-perkara yang mewajibkan seseorang itu mandi.
>>>> Perkara-perkara tersebut ialah :-
1) Haid 4) Bersetubuh/jimak
2) Nifas 5) Keluar mani
3) Wiladah 6) Mati
>>>> Perkara-perkara yang dilarang semasa berhadas besar ialah :-
1) Solat 4) Duduk di dalam masjid
2) Puasa 5) Membaca dan menyentuh Al-Qur'an
3) Tawaf
No comments:
Post a Comment