Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 3
Asuhan Tilawah Al-Qur'an
1. Membaca Surah Al-Humazah
2. Membaca Surah Al-Fil
3. Membaca Surah At-Takathur
4. Membaca Surah Al-Qari'ah
5. Membaca Surah Al-A'diyat
6. Membaca Surah Al-'Asr
Hafazan Surah
1. Surah Al-Humazah
2. Surah At-Takathur
3. Surah Al-Fil
4. Surah Al-'Asr
5. Surah Al-Qari'ah
Kefahaman Surah
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Khauthar
Bahagian (B) Asas Ulum Syariah
1. Aqidah
1.1 Beriman kepada Kitab Allah
1.2 Beriman kepada Hari Akhirat
1.3 Allah bersifat Baqa'
1.4 Allah bersifat Qiamuhu binafsihi
1.5 Allah bersifat Mukhalafatuhu lilhawadisi
1.6 Allah Maha Menerima Kesyukuran (As-Syakur)
1.7 Allah Maha Adil (Al-'Adlu)
2. Ibadah
2.1 Mari mengenal hukum
2.2 Bersuci daripada hadas besar
2.3 Bacaan doa qunut
2.4 Perkara-perkara yang membatalkan solat
3. Sirah
3.1 Pekerjaan Nabi Muhammad semasa kecil
3.2 Pekerjaan Nabi Muhammad setelah dewasa
3.3 Perkahwinan Nabi Muhammad
3.4 Peristiwa HAjarul Aswad
Bahagian (C) Asas Akhlak Islamiah
1. Adab menghidang makanan dan minuman
2. Adab bercakap dengan rakan
3. Adab melayan tetamu
4. Adab menziarahi rakan
5. Adab menziarahi pesakit
6. Adab menziarahi orang tua
Pelajaran Jawi
1. Perkataan pinjaman daripada bahasa Arab
2. Perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris
3. Perkataan berimbuhan awalan
4. Perkataan berimbuhan akhiran
5. Perkataan berimbuhan apitan
6. Menulis ayat mudah
Nama : Azizah bt Hashim No. Matrik : D20102043813 Kumpulan : EL-B23 Pelajaran : Teknologi Maklumat

Sunday, 11 December 2011
CONTOH SALAH SATU DARIPADA RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran : Pendidikan Islam
Kelas : Tahun 3 Naim
Tarikh : 2 . 11. 2011
Masa : 3.00 – 3.30 petang
Bilangan murid : 21 orang
Bidang : Asas Ulum Syar’iah ( Ibadah)
Tajuk : Perkara-perkara Yang Membatalkan Solat
Kemahiran : Menyebut, membaca dan menulis
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui nama solat fardu dan bilangan rakaatnya
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Aras 1 : Menyebut perkara-perkara yang membatalkan solat
Aras 2 : Membaca perkara-perkara yang membatalkan solat berserta
contohnya.
Aras 3 : Menulis (BATAL) pada perkara yang membatalkan solat dan
(TIDAK BATAL) pada perkara yang tidak membatalkan solat.
Kemahiran Berfikir : Membezakan antara perkara yang membatalkan solat dengan
perkara yang tidak membatalkan solat.
Penerapan nilai murni : Menjaga kebersihan diri, menunaikan solat dengan khusyuk dan
pada awal waktu
Penggabungjalinan : Akhlak Islamiah
Penyerapan /rentasan : Pendidikan kesihatan
Bahan bantu : Paparan slaid, Projektor LCD, lembaran kerja
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah/ Masa | Isi kandungan | Aktiviti pengajaran dan pembelajaran | Catatan |
Muqaddimah (2 minit) | Bacaan doa -doa sebelum belajar | -Seorang murid diminta membaca doa sebelum belajar dan murid yang lain mengaminkannya. | -Bacaan doa |
Set induksi (5 minit) | -Paparan slaid gambar orang sedang solat -Bersoal jawab tentang gambar tersebut a)Apakah yang dilakukan oleh orang dalam gambar itu? b) Berapa kalikah kita bersolat fardhu setiap hari? c) Sebutkan nama- nama solat fardu tersebut dan bilangan rakaatnya. | -Guru memaparkan slaid -Guru menyoal murid secara lisan tentang gambar. -Murid melihat gambar yang di paparkan oleh guru dan bersoal jawab. -Murid menjawab soalan lisan daripada guru tentang gambar. | -paparan gambar -Soal jawab |
Langkah 1 (6 minit) | -Paparan slaid tentang isi pelajaran Perkara-perkara yang membatalkan solat 1.Menggerakkan anggota badan tiga kali berturut-turut. 2. Berhadas besar atau berhadas kecil. 3. Bercakap di dalam solat. 4. Makan atau minum ketika solat. 5. Membuka aurat dengan sengaja. 6.Terkena najis pada badan, tempat dan pakaian. 7. Ketawa di dalam solat. 8. Memalingkan dada dari arah qiblat. 9. Berubah niat 10. Murtad | -Guru memaparkan isi pelajaran yang bertajuk - Perkara-perkara yang membatalkan solat. -Guru meminta murid menyebut perkara-perkara yang membatalkan solat dengan betul dan lancar. -Murid melihat isi pelajaran yang dipaparkan oleh guru. -Murid menyebut perkara-perkara yang membatalkan solat dengan betul dan lancar secara kelas dan individu. | -Paparan slaid Power Point -Menyebut -Pemerhatian |
Langkah 2 (5 minit) | -Paparan slaid tentang isi pelajaran satu persatu -Penerangan/penjelasan Perkara-perkara yang membatalkan solat dari yang pertama hingga akhir | -Guru memaparkan isi pelajaran satu persatu -Guru menerangkan tentang isi kandungan pelajaran satu persatu. -Guru meminta murid memberikan contoh yang betul sebagai pengukuhan kepada penerangan yang diberi. -Murid mendengar penerangan dari guru dengan teliti. -Murid memberikan contoh yang betul berkenaan dengan tajuk yang dibincangkan. | -Paparan slaid -Penerangan -Memberi contoh |
Langkah 3 (7 minit) | -Latihan bertulis dalam lembaran kerja. - Tulis (batal) atau (tidak batal) pada pernyataan yang diberi. -Soalan- soalan. 1.Ali tidak memakai songkok ketika solat Zuhur ( ) 2. Hassan dan Hussin bercakap ketika sujud. ( ) 3. Aminah membiarkan kain telekungnya terselak. ( ) 4. Rokiah solat Subuh mengadap ke timur . ( ) 5. Halim terbatuk ketika membaca duduk antara dua sujud. ( ) 6. Badan Abu Bakar terkena najis burung ketika solat. ( ) 7. Siti Aisyah bersin ketika rukuk. ( ) 8. Zaki ketawa ketika sujud. ( ) 9. Amirah berhadas besar ketika sedang solat. ( ) 10. Badrul menggaru kepalanya sekali sahaja ketika solat. ( ) | -Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid membuat latihan bertulis. -Guru menerangkan cara membuat latihan tersebut. -Murid membuat latihan bertulis yang diberikan oleh guru. | -Lembaran kerja -Penerangan -Latihan bertulis |
Penutup ( 5 minit ) | -Bersoal jawab tentang isi pelajaran. -Membuat rumusan tentang isi pelajaran Penerapan nilai murni :- a)memakai pakaian yang bersih sebelum bersolat. b) menjaga solat daripada terbatal c) menunaikan solat dengan khusyuk d) menunaikan solat pada awal waktu. | -Guru bersoal jawab tentang isi pelajaran. -Guru membuat rumusan tentang isi pelajaran. -Guru menerapkan nilai murni yang boleh diambil daripada isi pelajaran. -Murid mendengar rumusan dan penerapan nilai yang diberikan oleh guru. | -Bersoal jawab -Rumusan -Penerapan nilai murni |
Lembaran kerja
Tulis (batal) atau (tidak batal) pada pernyataan yang diberi.
1. Ali tidak memakai songkok ketika solat Zuhur ( )
2. Hassan dan Hussin bercakap ketika sujud. ( )
3. Aminah membiarkan kain telekungnya terselak. ( )
4. Rokiah solat Subuh mengadap ke timur . ( )
5. Halim terbatuk ketika membaca duduk antara dua sujud. ( )
6. Badan Abu Bakar terkena tahi burung ketika solat. ( )
7. Siti Aisyah bersin ketika rukuk. ( )
8. Zaki ketawa ketika sujud. ( )
9. Amirah berhadas besar ketika sedang solat. ( )
10. Badrul menggaru kepalanya sekali sahaja ketika solat. ( )
Subscribe to:
Posts (Atom)