Friday 14 October 2011

Mari Mengenal Hukum

Pembahagian hukum dalam Islam
Ada 5 jenis hukum dalam Islam, iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Pengertian setiap jenis hukum

1. Wajib     -  Melakukannya dapat pahala, meninggalkannya berdosa.
2. Sunat      -  Melakukannya dapat pahala, meninggalkannya tidak berdosa.
3. Harus     -  Tidak berdosa sama ada melakukannya atau meninggalkannya.
4. Makruh  -  Melakukannya tidak berdosa, meninggalkannya dapat pahala.
5. Haram    - Melakukannya berdosa, meninggalkannya dapat pahala.


Contoh perbuatan;

1. Wajib     -  Solat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada bulan Ramadhan, 
                       menutup aurat dsbg.
2. Sunat      -  Berpuasa sunat, solat sunat, bersedekah, menolong orang, melakukan ibadah
                        qurban dsbg.
3. Harus     -   Makan, minum, tidur, mandi dsbg.
4. Makruh  -   Makan petai, jering, makan bawang dsbg.
5. Haram    -   Mencuri, berjudi, minum arak, membunuh dsbg.

* Ingatlah bahawa setiap amalan akan mendapat balasan di dunia dan di akhirat*

Tajuk 2 : Beriman Kepada Hari Akhirat

Pengertian hari akhirat;
Hari akhirat ialah hari pembalasan baik dan buruk untuk manusia selepas berlakunya qiamat.

Hukum beriman dengan hari akhirat;
Hukumnya wajib. Firman Allah dalam Al-Qur'an yang bermaksud: "Dan mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat".

Cara kita beriman dengan hari akhirat;
Kita wajib beriman adanya hari akhirat. Kita juga hendaklah percaya bahawa suatu hari nanti alam ini akan musnah.

Apa yang terjadi kepada manusia?
Manusia akan dihidupkan semula di alam akhirat untuk menerima pembalasan seadil-adilnya.


Kenapa berlakunya hari akhirat?
Ia berlaku kerana alam ini tidak kekal dan akan musnah, ia juga tanda keadilan Allah, kerana pembalasan di dunia terbatas.

Bagaimanakah caranya untuk kita terselamat daripada azab Allah?
Jika melakukan kesalahan terhadap Allah, kita hendaklah memohon ampun, jika dengan manusia, kita hendaklah bermaaf-maafan.

Info  >>>> Hanya Allah sahaja yang mengetahui bila berlakunya hari qiamat <<<< 

sambungan .....Beriman Kepada Kitab Allah

          Maksud beriman kepada kitab Allah ialah kita mesti meyakini bahawa:

            * Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada rasul-rasulnya.
            * Kitab-kitab Allah adalah wahyu yang menjadi panduan manusia.
            * Kitab-kitab Allah mengandungi peraturan hidup yang benar.

           Oleh sebab itu, manusia memerlukan kitab Allah kerana:
           
            * Manusia memerlukan panduan untuk hidup sempurna
            * Manusia mempunyai kelemahan


   Latihan : Tuliskan (betul) atau (salah) pada pernyataan yang berikut.

1. Kandungan kitab-kitab Allah adalah wahyu.  (                )
2. Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Daud  (                )
3. Kitab Allah menjadi panduan hidup kepada manusia  (                 )
4. Nabi Musa menerima kitab Zabur                 (                )
5. Ada lima buah kitab yang wajib dipercayai oleh orang Islam  (                     ) 









 

Pelajaran: Pendidikan Islam Tahun 3

Asas Ulum Syar'iah         

           Aqidah

Ada empat buah kitab yang diturunkan kepada para nabi iaitu:
1. Kitab Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad SAW
2. Kitab Taurat kepada Nabi Musa Alaihissalam
3. Kitab Zabur kepada Nabi Daud Alaihissalam
4. Kitab Injil kepada Nabi Isa Alaihissalam

Kelebihan Kitab Al-Qur'an
1. Al-Qur'an merupakan mukjizat teragung kepada Nabi Muhammad SAW.
2. Allah memelihara Al-Qur'an daripada sebarang penyelewengan sehingga hari qiamat.
3. Syariat di dalamnya untuk seluruh manusia.
4. Al-Qur'an memansuhkan syariat-syariat yang terdapat dalam kitab-kitab Allah sebelumnya.
5. Al-Qur'an menjadi penawar kepada penyakit.

* Syariat ialah peraturan hidup dan ajaran agama Islam*

Tuesday 11 October 2011

Gurindam Guru

Berilah salam bertemu guru,                                                       Jasa guru sangat besar
Tak kira tempat dan waktu.                                                        apabila berjauhan tanyalah khabar      

Hormati guru setiap masa
tanda murid berbudi bahasa.

Guru insan bijak bestari
sanggup berkorban ikhlas berbakti.

Guru mengajar pagi petang
ingin murid jadi cemerlang.

Jangan suka melawan guru
besar nanti jadi dungu.

Dengar semua nasihat guru
baru boleh jadi maju.

Guru baik tetap disanjung
tak kira asal Sabah atau Semenanjung

Baca sajak penuh terharu
murid bijak kerana guru

Guru cemerlang jiwa perkasa
memberi bakti tak kira masa.

Sambungan...... lapan kecerdasan

5. Kecerdasan muzik
    > Guru perlu mengubah gaya pengajaran tradisional kepada gaya pengajaran berbentuk persembahan maklumat yang menarik perhatian pelajar. Contohnya penggunaan persembahan maklumat berbentuk perisian Power Point dan perisian grafik terbukti mampu mengekalkan minat murid terhadap mata pelajaran yang diajarkan.

6. Kecerdasan interpersonal
    > Guru mempunyai kebolehan yang tinggi kerana mereka berupaya meletakkan diri dalam situasi pelajar dengan memahami perasaan , minat, kebolehan pelajarnya. Guru sentiasa memberikan perangsang yang positif bagi meningkatkan semangat pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

7. Kecerdasan Intrapersonal
    > Guru yang memiliki kecerdasan intrapersonal mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap mata pelajaran yang diajarkan dan berupaya menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh pelajar pada aras yang berbeza. Guru juga sentiasa menonjolkan sikap empati, memberikan motivasi dan memahami keperluan pelajarnya.

8. Kecerdasan naturalis
    > Kecerdasan naturalis dapat dilihat pada diri seseorang guru yang mencintai alam sekitar dan sentiasa peka akan isu alam sekitar dan sentiasa menasihati pelajar supaya mencintai dan menjaga alam sekitar dan tidak melakukan kemusnahan terhadapnya.  

Monday 10 October 2011

Lapan Kecerdasan untuk melahirkan Pelajar Cemerlang

Ada lapan kecerdasan dalam teori kecerdasan pelbagai yang dapat digunakan oleh guru untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

1. Kecerdasan linguistik.
    > Melalui kecerdasan linguistik, guru mampu menyampaikan pengajaran dengan menggunakan pemilihan perkataan yang sesuai dan mampu difahami oleh pelajar sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan.Kecerdasan ini digabungkan dengan kecerdasan interpersonal pelajar bagi mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dengan pelajar.

2. Kecerdasan logik-matematik
   > Guru yang memiliki kecerdasan logik-matematik berupaya melengkapkan kerangka pengajarannya dengan menyedari perhubungan logik asas serta menghubungkannya kepada pelajar. Guru memperkenalkan konsep yang  berbentuk hubung kait logik dengan konsep yang berkaitan dengannya.

3. Kecerdasan visual-ruang
    > Guru akan mengambil kira ruang dan persekitaran kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru juga mempelbagaikan aktiviti pembelajaran seperti pembelajaran secara koperatif yang menuntut gaya pembelajaran dalam bentuk kumpulan.

4. Kecerdasan kinestetik
    > Semasa proses pengajaran, guru menunjukkan gerak badan dan ekspresi muka bahawa mereka benar-benar dan bersemangat terhadap mata pelajaran yang diajarkan. Penggunaan bahan bantu mengajar dapat memastikan agar pelajar berada dalam situasi pembelajaran yang sama di samping memudahkan gaya penyampaian pengajaran guru.

Peribahasa Keperibadian

  • Terpijak di tanah kapur, putih tapak,
  • Terpijak di tanah arang, hitam tapak.

  • Maksud :
  • Perbuatan baik, baiklah akibatnya,
  • perbuatan jahat, jahatlah akibatnya.

  • Ayat:
  • Kata orang tua-tua, perbuatan sama ada yang baik ataupun yang jahat akan mendapat balasan, bak peribahasa terpijak di tanah kapur, putih tapak, terpijak di tanah arang, hitam tapak.


Sumber : Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

ASAS AKHLAK ISLAMIAH

       1.  Adab menghidang makanan dan minuman
       2.  Adab bercakap dengan rakan
       3.  Adab melayan tetamu
       4.  Adab menziarahi rakan
       5.  Adab menziarahi pesakit
       6.  Adab menziarahi orang tua

PELAJARAN JAWI TAHUN 3

1.   Mengenal, mengeja dan menyebut perkataan pinjaman bahasa Arab.
2.   Mengenal, mengeja dan menyebut perkataan pinjaman bahasa Inggeris.
3.   Membaca dan menulis perkataan pinjaman bahasa Arab.
4.   Membaca dan menulis perkataan pinjaman bahasa Inggeris.
5.   Membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan  ber.......
6.   Membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan  ter........
7.   Membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan di..., se...., ke....
8.   Membaca dan menulis perkataan berimbuhan akhiran .....an, .....kan.
9.   Membaca dan menulis perkataan berimbuhan akhiran .....i .
10. Membaca dan menulis perkataan berimbuhan apitan di....kan, di.....i,
11. Membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat-ayat mudah dan pendek.

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

A)     ASUHAN TILAWAH AL-QUR'AN


1. Khatam Al-Qur'an
    1.1 Surah An-Nisa'  Juzuk 5 -Ayat 34 - 182
    1.2 Surah Al- Maidah Juzuk 6 - Ayat 1 - 120
    1.3 Surah Al- An'am Juzuk 7 - Ayat 1 - 165
    1.4 Surah Al- A'raf Juzuk 8 -Ayat 1 - 67

2. Membaca dan menghafaz surah-surah berikut dengan betul dan fasih.
    2.1 Surah Al- Humazah ayat 1 - 9
    2.2 Surah Al- Asr ayat 1 - 3
    2.3 Surah At- Takathur ayat 1 - 8
    2.4 Surah Al- Fil ayat 1 - 5
    2.5 Surah Al- Qariah ayat 1 - 11
    2.6 Surah Al- A'diyat ayat 1 - 11
    2.7 Surah Al- Zalzalah ayat 1- 8

3. Kefahaman surah.
    3.1 Surah Al- Ikhlas ayat 1- 4
    3.2 Surah Al- Kauthar  ayat 1 - 3
    3.3 Sejarah ringkas Al-Qur'an

B)      ASAS ULUM SYAR'IAH


    1.   Aqidah      > Beriman Kepada Kitab Allah
                           > Beriman Kepada Hari Akhirat
                           > Allah Bersifat Baqa'
                           > Mukhalafatuhu lil hawadisi
                           > Qiyamuhu binafsihi
                           > Allah Bersifat Al-'Adl
                           > Allah Bersifat As-Syakur

    2.   Ibadah      > Konsep Ibadah - jenis-jenis hukum
                          >  Bersuci daripada hadas besar
                          >  Bacaan dalam solat - doa qunut
                          >  Perkara yang membatalkan solat

     3.   Sirah       > Pekerjaan Nabi Muhammad S.A.W semasa kecil
                          > Pekerjaan Nabi Muhammad S.A.W setelah dewasa
                          > Perkahwinan Nabi Muhammad S.A. W
                          > Peristiwa Hajarul Aswad